Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Liek Hou juara kejohanan badminton Para Antarabangsa Brazil

    KUALA LUMPUR, 25 APRIL – Jaguh badminton Para Malaysia, Cheah Liek Hou mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2022 pada hari ini.

    Liek Hou menjuarai perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahkan pemain Perancis, Meril Loquette straight set 21-17, 21-17 dalam pentas akhir di Sao Paulo, Brazil menurut laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), https://bwfpara.tournamentsoftware.com.

    Beraksi dalam arena kompetitif buat kali pertama sejak muncul juara Paralimpik pada September lalu, pemain berusia 34 tahun itu sekali gus melakar kemenangan kali keenam berturut-turut ke atas Loquette bagi acara perseorangan lelaki menerusi beberapa kejohanan peringkat antarabangsa.

    “Biarpun meraih kemenangan di kejohanan ini saya belum berpuas hati dengan prestasi dipamerkan berikutan hampir tujuh bulan tidak beraksi. Keadaan angin di sini juga agak kuat dan menyukarkan untuk melakukan aksi terbaik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...