Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liew Mei Ling menang $500 melalui promosi Bank Baiduri-Samima

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Bank Baiduri, dengan kerjasama Samima, dengan bangganya mengumumkan pemenang promosi ‘Berbelanja dan Dapatkan Ganjaran’ mereka dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ibu Pejabat Baiduri, hari ini.

    Liew Mei Ling diumumkan sebagai pemenang tempat pertama yang menerima hadiah $500 dalam bentuk pulangan tunai, diikuti dengan Tan Ai Loon di tempat kedua ($300) dan Ong Siew Huang di tempat ketiga ($200).

    Selain itu, tujuh pemenang yang lain turut menerima baucar Samima bernilai $100 dan 10 pemenang lagi menerima baucar Samima bernilai $30 setiap seorang.

    Hadir pada majlis tersebut bagi menyempurnakan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Perniagaan Kad Bank Baiduri, Davern Lim dan Pengurus Pemasaran Samima, Yusuf Jamal bin Haji Tajudeen.

    “Kami gembira melihat pelanggan kami menikmati ganjaran promosi kami,” kata Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong.

    “Kempen kami direka dengan mengambil kira keperluan dan keutamaan pelanggan. Kami berharap kerjasama dengan Samima ini dapat memberikan kegembiraan kepada ibu bapa yang membeli-belah untuk peralatan sekolah anak-anak mereka,” tambahnya.

    Promosi yang berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Mac itu menawarkan hadiah pulangan tunai dan baucar Samima kepada para pemegang kad Baiduri.

    Davern Lim dan Yusuf Jamal bergambar ramai bersama para pemenang pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda