LYON, 25 DIS – Kira-kira 240 pemain ski telah diselamatkan kelmarin selepas lif kerusi di Pergunungan Alps Perancis mengalami kerosakan, kata pegawai.
Pemain ski berkenaan telah dipindahkan dari kerusi Festoure dengan menggunakan helikopter di resort Superdevoluy yang popular di selatan Perancis Alps.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan semasa operasi menyelamat pada malam Hari Natal.
“Kegagalan elektrik dalam sistem enjin telah menyebabkannya mustahil untuk mengendalikan lif kerusi Festoure di pusat peranginan Superdevoluy,” kata wilayah itu dalam satu kenyataan.
Kejadian itu berlaku pada sebelah petang dan tiada pemain ski yang cedera, kata pegawai.
Terletak pada ketinggian 1,500 dan 2,500 meter antara Gap dan Grenoble, pergunungan Devoluy termasuk pusat peranginan ski Superdevoluy dan Joue du Loup. – AFP