Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin jadi anggota penuh

    KAHERAH, 12 MEI – Setiausaha Agung Liga Arab (AL) Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB, lapor Xinhua.

    “Undian besar yang memihak kepada resolusi itu jelas menunjukkan kompas kehendak global dan hala tuju pendapat awam antarabangsa,” Aboul-Gheit dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan pan-Arab yang berpangkalan di Kaherah.

    Pada Jumaat, UNGA menerima pakai resolusi yang mengisytiharkan kelayakan Palestin untuk keanggotaan penuh PBB.

    Resolusi itu diluluskan dengan 143 undi menyokong, sembilan menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel dan 25 berkecuali. Resolusi itu menyatakan bahawa “Negara Palestin. wajar diterima menjadi ahli dan mengesyorkan agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik.”

    Ketua AL berkenaan berkata bahawa langkah itu “mencerminkan realiti kelayakan Palestin untuk mendapatkan sebuah negara merdeka dan ia juga menghantar mesej yang betul kepada rakyat Palestin pada masa mereka terdedah kepada tragedi yang berterusan,” merujuk kepada serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza yang dikepung. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...