BRUSSELS, 10 APRIL – Di bawah ancaman daripada UEFA, 24 buah kelab dalam Liga Pro Belgium kelmarin telah menetapkan semula tarikh bila mereka akan mengadakan undian untuk mengesahkan keputusan untuk meninggalkan musim ini. Jawatankuasa liga mencadangkan kepada kelab pada 2 April bahawa musim ini, yang digantung sejak 7 Mac kerana pandemik koronavirus, supaya diumumkan berakhir.