Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Bola Sepak Penghulu Mukim, Ketua Kampung buka tirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Kejohanan Liga Bola Sepak Penghulu Mukim dan Ketua Kampung 2025-2026 membuka tirai kejohanan dengan Majlis Perasmian yang berlangsung di Padang Pertubuhan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD), kelmarin.

    Hadir menyempurnakan perasmian kejohanan itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman, selaku tetamu kehormat.

    Kejohanan julung kali itu disertai oleh pasukan-pasukan dengan dibarisi oleh Penghulu- Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang mewakili setiap daerah.

    YB Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin merasmikan Kejohanan Liga Bola Sepak Penghulu Mukim dan Ketua Kampung 2025-2026, kelmarin.

    Setiap pasukan dibarisi pemain mengikut kategori termasuk umur 50 ke atas, 40 dan 30 yang dihasratkan untuk menerapkan amalan kerjasama antara pihak jabatan dan pentadbiran kampung  agar dapat melahirkan individu seimbang dari segi intelek, sukan dan sosial.

    Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Setiausaha Tetap dan Timbalan; Pemangku Pegawai Daerah; Penolong Pemangku Pegawai Daerah; Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari keempat-empat daerah yang sama-sama mewarnakan dan memeriahkan lagi kejohanan berkenaan.

    YB Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin di perkenalkan kepada pasukan kejohanan.

    Gambar – gambar suasana YB Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin di perkenalkan kepada pasukan kejohanan.

    Yang Berhormat Dato juga diperkenalkan kepada pasukan-pasukan dan seterusnya menyaksikan perlawanan pertama yang melibatkan pasukan Daerah Brunei Muara yang bertemu dengan pasukan Daerah Tutong.

    Kejohanan sulung berkenaan diungkayahkan oleh Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung daerah Brunei dan Muara dengan format secara liga ‘home’ dan ‘away’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda