Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Futsal IPT semakin sengit

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Saingan Liga Futsal Istitusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Politeknik Brunei yang baharu memasuki minggu ketiga semakin sengit dengan menyaksikan beberapa perlawanan menarik.

    Pasukan UNISSA berjaya membenam Pasukan Politeknik 1-0 hasil dari jaringan Faisol Din-ah pada minit keenam perlawanan.

    Sementara itu, dalam perlawanan berasingan di Dewan Serba guna UBD, Alumni Politeknik Brunei menentang Pasukan KIGS yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Alumni Politeknik Brunei 4-0.

    Pasukan IBTE yang berentap menentang Pasukan LCB berjaya memperbaiki kedudukannya apabila memenangi perlawanan kali ini dengan keputusan 5-1.

    Walau bagaimanapun, Pasukan UBD dan Kolej Cosmopolitan terpaksa berpuas hati berkongsi mata apabila kedua-dua pasukan gagal memperoleh sebarang jaringan dan berakhir dengan keputusan 0-0.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda