TOKYO, 30 Julai – Pemenang Piala Dunia Jerman, Lukas Podolski hanya memerlukan 49 minit untuk menjaringkan gol pertamanya dalam Liga-J kelmarin dan kemudian menjaringkan gol keduanya untuk Vissel Kobe.
Penyerang berusia 32 tahun itu terlepas satu sepakan percuma di separuh masa pertama tetapi berjaya meledakkan gol pertamanya, gol pembukaan perlawanan, bagi memberikan Kobe kemenangan 3-1 ke atas Omiya Ardija.
Tiga belas minit kemudian, dua menjaringkan gol menerusi tandukan, mengembirakan penyokong tuan rumah, yang mempunyai jangkaan tinggi terhadap penandatangan besar mereka itu, dilaporkan dengan kontrak AS$5.3 juta setahun.
“Saya tidak mampu menjelaskan bagaimana gembiranya saya setelah menjaringkan dua gol dan menang 3-1 dalam perlawanan pertama saya,” kata Podolski, menurut Kyodo News.
“Ini adalah langkah pertama saya dan saya mahu bergerak maju,” kata pemain veteran tiga Piala Dunia itu dan penjaring 49 gol untuk Jerman.

Podolski, yang tiba di Jepun awal bulan Julai, telah berjanji untuk meningkatkan perkembangan bola sepak Jepun, melawan trend bintang-bintang pemain yang berpindah ke China untuk wang.
Bekas penyerang Arsenal itu telah bermain bersama Galatasaray, Turki, sejak 2015 dan perpindahannya ke Jepun adalah sesuatu yang penting bagi Liga-J.
Bintang kelahiran Poland itu dinamakan pemain muda terbaik Piala Dunia 2006, menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Podolski, yang bergelut dengan kecederaan berterusan, telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa tahun lepas dengan 130 penampilan bagi juara dunia itu. – AFP