Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga pertahankan keputusan dalam final

    LAKE BUENA VISTA, 11 OKT – NBA berkata kelmarin bahawa dua keputusan telah dibuat untuk mengarahkan Jimmy Butler keluar di tepi gelanggang pada minit akhir perlawanan kelima final NBA.

    Keputusan tersebut ditangguhkan oleh Lakers dengan berbaki 46.7 saat dan 16.8 sebelum tamat, yang pertama dipersalahkan atas Markieff Morris dan kesalahan kedua diberikan kepada Anthony Davis. Butler melakukan semua empat-empat lontaran percuma semasa perlawanan tersebut, dan Heat menang 111-108 untuk melanjutkan siri ke perlawanan keenam hari ini.

    “Saya rasa dua keputusan salah kerana memberikan lontaran percuma kepada Butler, dan sangat malang dalam perlawanan yang besar begini,” kata jurulatih Lakers, Frank Vogel selepas perlawanan. “Anthony Davis berdiri dengan tegak, perlawanan sepatutnya diteruskan. Dan sebelum itu, Markieff Morris menyentuh bola, yang
    mana permainan sepatutnya diteruskan.”

    Walau bagaimanapun, liga tidak bersetuju dengan laporan dua minit terakhir pada perlawanan kelmarin – tinjauan lazim untuk semua keputusan yang dibuat (dan keputusan yang tidak dibuat) dalam dua minit terakhir dalam perlawanan yang sengit. Dikatakan Morris telah menyentuh tangan kiri Butler semasa permainan di mana bintang Heat itu membuat percubaan tetapi tersasar.

    Dalam kejadian kedua, liga berkata Davis melompat ke arah Butler dan melakukan sentuhan. – AP

    Reaksi penyerang Miami Heat, Jimmy Butler selepas dikasari semasa pertemuan menentang LA Lakers dalam final NBA. Liga mempertahankan pendirian mereka memberikan lontaran percuma kepada Heat semasa final NBA. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda