Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Remaja: DPMM FC pesta jaringan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 2 JULAI – Liga Remaja Brunei Bawah 15 Tahun (B15) dan Bawah 18 Tahun (B18) 2021 diteruskan lagi hari ini bagi perlawanan peringkat kumpulan.

    Perlawanan pertama menyaksikan perlawanan Kumpulan B Remaja B15 antara BSRC FC menentang DPMM FC yang berlangsung di Padang Bolasepak Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC), di mana pasukan DPMM FC berjaya mendahului perlawanan pada separuh masa pertama dengan menjaringkan lima gol di hadapan BSRC FC.

    DPMM FC terus mempamerkan aksi yang cemerlang pada separuh masa kedua ketika mereka berpesta jaringan membelasah BSRC FC dengan menambah empat lagi jaringan gol yang berkesudahan dengan keputusan 9-0.

    Manakala dalam aksi Liga Remaja B18 bagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan BSRC FC menentang Kasuka FC yang berlangsung di Padang Bolasepak di BSRC dengan kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1.

    Sementara itu, pada perlawanan berasingan bagi Kumpulan B Liga Remaja B18 yang diadakan di Padang Bolasepak Arena Seria menyaksikan HAWA FC menentang IKLS-MB5, di mana di separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

    Di separuh masa kedua IKLS-MB5 berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan sekali gus memberikan kemenangan 1-0 ke atas HAWA FC.

    Perlawanan Liga Remaja B15 akan diteruskan lagi pada 30 Julai ini bagi peringkat Kumpulan B dengan perlawanan BSRC FC menentang IKLS-MB5 yang akan berlangsung di Padang Bolasepak BSRC. Sementara perlawanan Liga Remaja B18 akan diteruskan 9 Julai depan, yang akan menyaksikan perlawanan HAWA FC menentang Rimba Star FC di Padang Bolasepak Arena Seria.

    Aksi pemain semasa perlawanan antara DPMM FC dan BSRC FC yang berlangsung di Padang Bolasepak BSRC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda