Friday, November 29, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Super DST: MS PDB kecewakan Kota Ranger

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Dis – Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) malam kelmarin mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan Liga Super Brunei DST apabila berjaya mengalahkan pasukan Kota Ranger FC dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas.

    Pemain MS PDB, Muhd Na’im bin Haji Tarif, terlebih dahulu meledakkan jaringan pertama buat pasukannya pada minit ke-31 separuh masa pertama sebelum rakan sepasukannya, Mohd Shaifulrizal bin Awang menggandakan kelebihan MS PDB pada minit ke-45 bagi meletakkan MS PDB selesa 2-0 di depan pada separuh masa.

    Pada babak kedua perlawanan, percaturan permainan yang ditunjukkan oleh skuad kesebelasan Kota Ranger FC menampakkan hasil apabila pemain jersi nombor 10, Muhd Fathurrahman bin Embran berjaya merapatkan jurang gol dengan jaringan pada minit ke-66 perlawanan.

    Walau bagaimanapun usaha Kota Ranger FC untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan gagal dicapai apabila keputusan kekal 2-1 hingga wisel penamat, sekaligus memberikan tiga mata penuh kepada MS PDB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda