Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ligamen Alif Satar koyak ketika main bola

    Penyanyi dan pelakon Malaysia, Alif Satar, berdepan detik cemas apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki kanannya selepas diterjah pemain lain ketika terlibat dalam perlawanan pada malam kelmarin.

    Berkongsi kejadian yang berlaku, Alif, 35, memberitahu dia sendiri mendengar bunyi pada bahagian tulang semasa terjatuh ke tanah. 

    Hasil pemeriksaan awal mendapati ligamen ATFL (anterior talofibular ligament rupture) di bahagian kakinya koyak.

    “Ketika diterjah, saya dapat dengar bunyi ‘crack!’, memang benar ligamen ATFL koyak. Hari ini kaki saya bengkak dan esok akan menjalani pemeriksaan MRI,” katanya.

    Perkara itu dikongsi Alif menerusi hantaran di Instagram miliknya hari ini.

    Walaupun berdepan kesakitan, Alif tetap menganggap insiden itu sebagai satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. – Agensi

    Giggs ketika bertanya keadaan Alif selepas tamat perlawanan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda