Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    LIGC tuan rumah kejohanan Golf MSSM

    LABUAN, 1 SEPT – Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC) dipilih buat kali kedua menjadi venue bagi kejohanan golf Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 September ini.

    LIGC menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2019 sebelum dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19.

    Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad berkata sebanyak 192 pemain golf muda lelaki dan perempuan dari 16 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan tahun ini.

    “Labuan sekali lagi diberi peluang untuk menjadi tuan rumah pada acara sukan sekolah berprestij ini di padang golf antarabangsa LIGC yang mencabar.

    “Pemilihan venue dibuat berikutan kejayaan kami dalam menganjurkan acara itu pada 2019 dan kami berterima kasih kepada pegawai Kementerian Pendidikan atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kami,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...