Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lilin konkrit cipta kelainan

    Oleh Syahmi Hassan –

    Lilin konkrit adalah alternatif unik untuk mencipta suasana santai di rumah awda.

    Dengan menggunakan lilin lama dan acuan buatan sendiri, projek ini tidak memerlukan peralatan mahal, sesuai untuk pemula yang ingin mencuba seni membuat lilin.

    Antara barang yang diperlukan (Gambar 1)

    • Acuan lilin
    • Lilin lama
    • Simen cepat kering
    • Sumbu lilin

    BUAT ACUAN LILIN BUATAN SENDIRI

    Apabila memilih acuan lilin, pastikan ia memenuhi tiga syarat utama:

    1. Kerangka yang cukup kuat untuk menyokong berat lilin cair.
    2. Tahan terhadap haba lilin cair.
    3. Mudah untuk mengeluarkan lilin yang sudah siap tanpa merosakkan acuan.

    Saya menggunakan tiub kadbod dan botol plastik sebagai acuan buatan sendiri. Bahan ini cukup kukuh untuk menampung lilin cair panas, tetapi mudah dikoyak untuk mengeluarkan lilin konkrit yang sudah siap.

    Gambar 1. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 2. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 3. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 4. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 5. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 6. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 7. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 8. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 9. – Gambar oleh Craft Invaders
    Gambar 10. – Gambar oleh Craft Invaders

    KITAR SEMULA LILIN LAMA

    Lilin lama yang tidak digunakan atau pecah boleh dicairkan dan digunakan semula. Pastikan lilin batang dan lilin dalam bekas dikumpulkan secara berasingan kerana campuran lilinnya berbeza.

    Gabungkan lilin berwarna atau beraroma yang sesuai untuk mencipta kombinasi baru.

    Awda juga boleh menambah lilin krayon sebagai cara ekonomik untuk memberi warna. (Gambar 2)

    CARA MEMBUAT LILIN KONKRIT

    Potong acuan mengikut saiz, sekurang-kurangnya 1 inci lebih tinggi daripada paras tuangan simen dan lilin. (Gambar 3 & 4)

    Campurkan simen cepat kering dan tuangkan ke dalam acuan sebagai lapisan dasar. Awda boleh mencipta kesan sudut atau membiarkannya rata. Biarkan simen mengeras semalaman. (Gambar 5)

    Cairkan lilin menggunakan kaedah dandang berganda atau mangkuk di atas air mendidih.

    Jangan tinggalkan lilin tanpa pengawasan kerana ia mudah terbakar. Selepas cair, keluarkan sumbu lama dan tuangkan lilin ke atas lapisan simen dalam acuan. (Gambar 6)

    Gunakan sekeping kad untuk memastikan sumbu tetap lurus semasa lilin mengeras. (Gambar 7)

    SEMPURNAKAN LILIN KONKRIT

    Apabila lilin mula mengeras, bahagian tengahnya mungkin tenggelam. Buat beberapa lubang kecil di sekeliling sumbu menggunakan lidi kayu dan tuangkan lilin cair tambahan untuk meratakan permukaan. Biarkan mengeras semalaman. (Gambar 8)

    KELUARKAN LILIN KONKRIT DARIPADA ACUAN

    Potong acuan dari bahagian atas dan koyakkan perlahan untuk mengeluarkan lilin konkrit tanpa merosakkannya. (Gambar 9)

    Dengan sedikit kreativiti, lilin konkrit ini bukan sahaja berfungsi sebagai sumber cahaya, tetapi juga elemen hiasan unik untuk rumah awda. (Gambar 10)

    Tip rekaan

    • Pilih lilin lama dengan aroma dan warna yang sesuai untuk mencipta kombinasi unik.
    • Pastikan semua bahan dan alat yang digunakan tahan haba dan selamat untuk digunakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda