Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lilitan kapten mampu tangani perkauman – Balotelli

    MILAN, 4 Jun – Penyerang Itali, Mario Balotelli berkata bahawa dengan memberikannya lilitan kapten akan menjadi isyarat penting menentang perkauman di negaranya.

    “Untuk menjadi kapten tidak akan banyak mengubah dalam diri saya, namun ia adalah isyarat besar kepada negara,” kata penyerang Nice itu pada satu sidang media di Turin menjelang perlawanan persahabatan antara Itali dan Belanda.

    “Saya berada dalam pasukan kebangsaan ini untuk menjaringkan gol. Saya boleh menjadi contoh ikutan buat semua orang, pendatang Afrika dan anak-anak mereka meskipun tanpa lilitan kapten, ia akan menjadi isyarat yang kuat.”

    Balotelli, dipanggil semula untuk pasukan kebangsaan oleh jurulatih baharu pasukan, Roberto Mancini selepas empat tahun, telah menjadi sasaran ejekan perkauman di atas padang Itali.

    Sehelai kain rentang berbaur perkauman dalam perlawanan persahabatan minggu lepas menentang Arab Saudi di Switzerland bertulis ‘Kapten saya mempunyai darah Itali’.

    Mario Balotelli (tengah) ketika menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan Itali di Turin. – AP

    “Ia rumit, saya mengalami sejak masih kecil dan hari ini saya tidak tahu adakah ia perkauman sebenar atau cemburu,” kata Balotelli.

    “Ia menyakitkan, sudah tiba masanya Itali menjadi seperti Perancis dan England. Seperti yang katakan dalam media sosial, sudah tiba masanya untuk bangun.”

    Sementara itu, penyerang berusia 27 tahun itu juga berkata bahawa ia menyakitkan kerana diketepikan oleh Itali sejak Piala Dunia 2014.

    “Empat tahun tanpa pasukan kebangsaan, ia menyakitkan. Tidak ada gunanya bercakap mengenai masa lalu, kerana kami perlu bermula lagi dan melihat masa depan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda