BELGRADE, 31 MAC – Lilitan kapten yang dibuang Cristiano Ronaldo di atas padang selepas berang gol kemenangannya untuk Portugal pada lewat permainan dinafikan ketika bertemu Serbia, akan dilelong dalam usaha membantu kanak-kanak yang sakit.
Salah seorang petugas di stadium mengutip lilitan itu dan pantas menghubungi saluran sukan tempatan untuk melelongnya bagi tujuan amal.
Individu berkenaan yang enggan namanya didedahkan memberitahu AFP bahawa dia mahu mengumpul dana bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam bulan, Gavrilo Djurdjevic yang menghidap penyakit yang jarang berlaku kepada individu lain.
“Dia membuang lilitan kapten itu tiga meter dari saya,” katanya. Selepas beberapa jam dilelong, lilitan kapten itu sudah mencecah harga bidaan 3,000 euro. – AFP
