Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Liliyana Natsir disenarai dalam Hall of Fame BWF

    KUALA LUMPUR, 16 JUN – Bekas pemain beregu campuran Indonesia, Liliyana Natsir disenaraikan dalam Dewan Kemasyuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

    Badan dunia itu menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pengiktirafan terhadap pemenang emas Olimpik dan juara dunia sebanyak empat kali itu akan diadakan secara rasmi dalam satu majlis pada Kejohanan Terbuka Indonesia yang sedang berlangsung pada Sabtu ini.

    Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer turut mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 36 tahun itu dan percaya bahawa beliau akan terus memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.

    “Amat jarang untuk seseorang atlet disenaraikan dalam Dewan Kemasyuran BWF dan Liliyana layak ke atas penghormatan ini. Aksinya yang bersahaja apabila melakukan gerakan yang sukar seronok ditonton.  

    “Memiliki pingat emas dan perak Olimpik serta empat pingat emas Kejohanan Dunia, Liliyana mempunyai rekod gemilang. Beliau adalah antara pemain beregu campuran terbaik sepanjang kariernya,” katanya.

     Liliyana, yang mempamerkan gaya unik dan bersahaja, selain mempunyai rekod cemerlang untuk lebih sedekad sebelum bersara pada 2019, merupakan pemain yang menonjol dalam arena badminton.

    Beliau memenangi kejuaraan besar pertamanya iaitu Kejohanan Dunia pada 2005 bersama Nova Widianto sebelum gandingan itu merangkul Piala Dunia dan Kejohanan Asia pada 2016, emas Kejohanan Dunia pada 2007 dan memenangi pingat pe-rak Olimpik Beijing 2008. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...