LOS ANGELES, 29 SEPT – Bintang Portland Trail Blazers, Damian Lillard akan berpindah ke Milwaukee Bucks, di mana dia akan bekerjasama dengan Pemain Paling Berharga NBA dua kali, Giannis Antetokounmpo, menurut beberapa laporan, baru-baru ini.
ESPN dan The Athletic melaporkan bahawa Lillard, yang telah menghabiskan kesemua 11 musim NBAnya di Portland tetapi meminta untuk ditukarkan pada Julai, berpindah ke Bucks sebagai sebahagian daripada perjanjian tiga pasukan.
Lillard, yang dikatakan lebih cenderung berpindah ke Miami Heat, adalah sebahagian daripada pertukaran yang juga termasuk Phoenix Suns.
Portland akan menerima pemain All-Star, Jrue Holiday dari Bucks. The Trail Blazers juga mendapatkan Deandre Ayton dan Toumani Camara dari Suns, manakala Suns mendapat Grayson Allen dari Bucks dan Jusuf Nurkic, Nassir Little dan Keon Johnson dari Portland. Lillard mencatatkan purata 32.2 mata dan 7.3 assist dan mencapai prestasi terbaik dengan mencatat 46.3 peratus rembatan dalam 58 perlawanan musim lalu. – AFP