Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lillard tuntut peluang Blazer bermain di playoff

    LOS ANGELES, 28 MEI – Bintang Portland, Damian Lillard berkata dia tidak akan turun bermain jika musim NBA disambung tanpa menawarkan Trail Blazer sebarang peluang untuk beraksi dalam penentuan play-offs.

    Menurut beberapa laporan, NBA ingin memastikan bahawa semua pasukan menghabiskan sekurang-kurangnya 70 perlawanan musim biasa untuk memenuhi kewajipan kontrak dengan rangkaian televisyen.

    Ini mungkin bermakna Trail Blazers, yang berada di kedudukan luar play-offs di Western Conference dengan rekod 29-37, tidak memiliki prospek realistik memperbaiki kedudukan berbanding Memphis untuk tempat kelapan selepas habis musim. Lillard berkata jika senario dirungkai, dia akan memboikot baki perlawanan Blazers. “Jika kami kembali dan mereka seperti, ‘Kami akan menambah beberapa perlawanan untuk menghabiskan musim ini,’ dan mereka memberikan kami perlawanan yang tidak bermanfaat dan kami tidak mempunyai peluang sebenar untuk beraksi di play-offs, saya akan pergi bersama pasukan saya kerana saya sebahagian daripada pasukan,” Lillard memberitahu Yahoo Sports.

    NBA masih mengeksploit rancangan untuk menyambung semula musim pada akhir bulan Julai di Disney World Orlando, Florida, meskipun butiran terakhir rancangan masih belum ditentukan.

    Ia kekal tidak jelas sama ada liga akan menyasarkan untuk menghabiskan baki musim ini atau terus ke jadual playoff. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda