Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lily Allen, David Harbour akhirnya berpisah lepas 4 tahun

    Penyanyi Lily Allen dan aktor David Harbour dilaporkan berpisah hanya selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

    People melaporkan ramai mula menghidu keretakan hubungan pasangan ini sejak Disember tahun lalu apabila Lily, 40, dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan.

    Bagaimanapun menurut sumber, penyanyi itu sangat terkesan dengan perpisahan tersebut dan sedang melalui fasa sukar bersama anak-anaknya.

    “Perkahwinannya telah runtuh dan mereka telah berpisah.

    “Dia tidak berminat dalam apa-apa perkara. Dia benar-benar bukan berada dalam situasi yang baik,” kata sumber terdekat penyanyi tersebut.

    Bagaimanapun sehingga kini, David yang terkenal dalam siri Stranger Things masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai status sebenar perkahwinan mereka.

    Untuk rekod, Lily dan Harbour mendirikan rumah tangga pada 7 September 2020 di Las Vegas.

    Sebelum ini, Lily pernah berkahwin dengan Sam Cooper pada 2011 dan berpisah selepas tujuh tahun bersama.

    Mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Ethel, 13 dan Marnie yang kini berusia 12 tahun. – Agensi

    Lily dan Harbour didakwa jarang dilihat bersama sejak tahun lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda