Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lim Kok Wing terima anugerah Juara-Juara Komanwel

    CYBERJAYA, 5 Nov – Pengasas dan Presiden Limkokwing University Tan Sri Lim Kok Wing malam ini menerima Anugerah Juara-Juara Komanwel bagi sumbangnya menyatukan belia dari 54 negara menerusi pendidikan.

    Beliau menerima anugerah berkenaan pada majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Belia Komanwel yang dihadiri 300 peserta di universiti itu di sini.

    Anugerah itu diterima oleh anak Lim, Datuk Tiffanee Marie Lim yang juga Naib Presiden Pembangunan Jenama, Kreativiti dan Bakat universiti itu, daripada Timbalan Setiausaha Agung Hal Ehwal Politik Negara-Negara Komanwel, Dr Josephine Ojiambo.

    Datuk Tiffanee Marie Lim (kanan) menerima Anugerah Juara-Juara Komanwel daripada Dr. Josephine Ojiambo di Cyberjaya, kelmarin. – Bernama

    “Saya bangga menerima anugerah ini yang menghargai pencapaian bapa saya,” kata Tiffanee. Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Komanwel, Kishva Ambigapathy.

    Dalam ucapan perasmian, Kishva berkata Lim merupakan penerima kelapan anugerah berkenaan.

    Semalam, Putera Charles, Prince of Wales, yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah tetamu kehormat pada sidang kemuncak berkenaan yang berlangsung di kampus University of Nottingham Malaysia di Semenyih, di pinggir ibu negara Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda