DHAKA, 28 Feb – Lima anggota pelampau yang membunuh seorang petani Jepun dalam penembakan pandu lalu pada dua tahun lalu telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Bangladesh hari ini.
Perintah hukuman mati ke atas lima anggota kumpulan Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB) yang dijatuhkan oleh seorang hakim selepas mendapati mereka bersalah membunuh Kunio Hoshi pada Oktober 2015.
Hakim Naresh Sarker berkata kelima-lima mereka itu telah membunuh Hoshi sebagai sebahagian ‘kempen untuk menghuru-harakan dan mencemarkan imej negara itu’.
“Itu adalah pembunuhan yang dirancang terlebih dahulu,” hakim itu memberitahu bilik mahkamah di bandar utara, Rangpur apabila dia menjatuhkan hukuman.

Empat dari lima lelaki itu hadir di mahkamah di tengah kawalan keselamatan ketat tetapi seorang lagi defendan dijatuhkan dalam ketiadaannya.
Hoshi, 66 tahun ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata yang membonceng motosikal di jalan raya yang kotor tempat dia sedang menjalankan projek untuk menanam rumput untuk lembu.
Antara mereka yang dijatuhi hukuman itu ialah Masud Rana, ketua kawasan JMB berusia 24 tahun, yang menurut pihak pendakwa telah melepaskan tembakan mati ke arah Hoshi, berhampiran ladangnya di Rangpur. – AFP