Monday, May 5, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima anggota polis diculik di Pakistan

    QUETTA, 4 MEI – Satu kumpulan pemberontak pemisah di barat daya Pakistan hari ini mengaku bertanggungjawab atas serangan terhadap sebuah van penjara di mana lima anggota polis dijadikan tebusan.

    Menurut seorang pegawai polis, antara 30 hingga 40 lelaki bersenjata telah menyekat lebuh raya utama yang merentasi wilayah Balochistan lewat malam Jumaat dan memintas van penjara yang dikawal pasukan polis.

    “Tahanan dalam van itu kemudiannya dibebaskan, namun lima anggota polis telah diculik,” seorang pegawai kanan polis di kawasan itu, yang tidak dibenarkan bercakap kepada media, memberitahu AFP hari ini.

    Dia berkata operasi menyelamat sedang dilancarkan.

    Penyerang turut membakar beberapa bangunan kerajaan dan sebuah bank di kawasan berkenaan.

    Seorang pegawai kanan kerajaan, yang enggan namanya didedahkan, memaklumkan dua daripada penyerang telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

    Pakistan telah lama berdepan serangan pemisah di Balochistan, di mana pemberontak sering menyasarkan pasukan keselamatan, warga asing dan penduduk luar di wilayah kaya dengan mineral yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.

    Tentera Pembebasan Baloch (BLA), kumpulan pemberontak paling aktif di rantau itu, mengaku bertanggungjawab atas serangan di daerah Kalat. – AFP

    Anggota polis mengiringi van yang membawa pelarian Afghanistan dari sebuah kem di kawasan Panjpai di pinggir Quetta pada 16 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda