Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima askar India terbunuh di Kashmir

    SRINAGAR, INDIA, 5 MEI – Pemberontak yang menentang pemerintahan India di Kashmir yang dipertikaikan mencetuskan bahan letupan semasa pertemuan dengan tentera India hari ini, membunuh lima askar yang cuba mengusir mereka keluar dari kawasan hutan, kata tentera.

    Pemberontak itu bersembunyi di dalam sebuah gua di kawasan tebing curam di Tota Gali di wilayah Jammu, kata tentera dalam satu kenyataan.

    Dua askar India maut serta-merta selepas terkena letupan dan tiga meninggal dunia kemudian di hospital, katanya. Jumlah yang maut dipihak pemberontak dalam pertempuran itu tidak diketahui.

    Ia adalah serangan besar kedua oleh pemberontak dalam dua minggu lalu pada masa pihak berkuasa India meningkatkan keselamatan ketika mereka bersedia untuk menjadi tuan rumah mesyuarat pegawai dari Kumpulan 20 negara perindustrian dan membangun terkemuka mengenai mempromosikan pelancongan di rantau ini akhir bulan ini. – AP

    Askar separa tentera India berkawal di sepanjang jalan menjelang sidang kemuncak G20 di Srinagar, pada 5 Mei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda