Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima atlet wakili negara ke kejohanan bina badan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Lima orang atlet yang mewakili beberapa persatuan bina badan di negara ini, telah berlepas ke Kota Batam, Wilayah Riau, Republik Indonesia, hari ini, bagi menyertai Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia 2024 ke-56 yang berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos ini.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar adalah Presiden Persatuan Bina Badan dan Kecergasan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PBBKKNBD), Presiden Perseku-tuan Sukan Badan dan Fizikal Dunia (WBPF) Brunei, dan Naib Presiden Persekutuan Sukan Bina Badan dan Fizikal Asia Tenggara (SEABPF).

    Rombongan itu diketuai oleh Awang Mohamad Rahemi bin Haji Abdul Manaf, manakala para atlet terdiri daripada Awang Zorizal bin Haji Johari yang akan menyertai kategori Bina Badan Lelaki Berat 70Kg, dan Haji Ibrahim bin Haji Latif menyertai kategori Bina Badan Lelaki Berat 65Kg.

    Manakala Awang Mohd Yazid bin Mohd Taib akan menyertai kategori Athletic Physique Lelaki bagi ketinggian sehingga 175cm, sementara Awang Zuraiman bin Haji Jaman dan Awang Kamaluddin bin Yanau masing-masing menyertai dalam kategori Physique Lelaki bagi ketinggian sehingga 170cm.

    Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia adalah di bawah naungan WBPF anjuran Datuk Paul Chua dengan kerjasama Persekutuan Bina Badan Kebangsaan Indonesia.

    Atlet-atlet bina badan Brunei bergambar ramai sebelum berlepas ke kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PBBKNBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda