Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima beradik, ayah disyaki maut dalam kebakaran

    SYDNEY, 6 OGOS – Lima beradik lelaki dan ayah mereka hilang, dipercayai mati selepas kebakaran rumah di Australia hari ini, dalam apa yang disifatkan polis sebagai ‘tragedi dahsyat.’

    Kebakaran berlaku pada awal pagi tadi di sebuah pulau berhampiran Brisbane, memusnahkan rumah keluarga itu dan memusnahkan dua buah rumah lain.

    Seorang wanita berusia 28 tahun yang dikatakan ibu kepada kanak-kanak itu terselamat dalam kebakaran dan sedang dirawat di hospital. Polis berkata, wanita itu dalam keadaan ‘sangat tertekan.’

    “Rumah itu telah dijilat api sepenuhnya,” kata jurucakap polis. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda