BANGI – Di sebalik dunia moden yang menilai kejayaan melalui akademik dan kerjaya, lima beradik yang kesemuanya lelaki, menongkah stereotaip dengan membuktikan mereka mampu mengimbangi duniawi dan ukhrawi. Aiman Salmi, 40, seorang penasihat syariah dan perunding kewangan Islam; Dr Syamil Salmi, 39, doktor pakar mata lulusan Jordan; Dr Irfan Salmi, 38, doktor pakar bedah kolorektal

