Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima buah rumah di Kampung Pandai Besi A ranap dijilat api

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Asap yang tebal yang kelihatan sejauh beberapa kilometer di sekitar Bandar Seri Begawan, menarik perhatian orang ramai dengan kejadian kebakaran rumah yang melibatkan lima buah rumah di Kampung Pandai Besi A, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, menyatakan bahawa panggilan kejadian kebakaran rumah berkenaan telah diterima pada pukul 11:45 pagi dengan seramai 35 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun dan Balai Bomba Pelancaran bersama tiga buah bot serta tiga buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

    Anggota bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mengambil tindakan segera untuk memadam kebakaran menggunakan empat jet hos 64 milimeter (mm) ke 38mm.

    Atas & bawah: Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang melibatkan lima buah rumah di Kampung Pandai Besi A, hari ini. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JBP

    Anggota bomba dan penyelamat mengambil tindakan segera untuk memadam kebakaran tersebut menggunakan empat jet hos 64 milimeter (mm) ke 38mm.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda