Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima cedera, bangunan runtuh di Marseille

    MARSEILLE, 9 APRIL – Sebuah bangunan pangsapuri runtuh dalam satu letupan hari ini di bandar Marseille di Mediterranean Perancis, mencederakan lima orang, dengan pihak berkuasa memberi amaran sehingga 10 mangsa mungkin berada di bawah runtuhan yang terbakar.

    “Semuanya bergegar, awda boleh melihat orang berlari dan terdapat asap di mana-mana, bangunan itu runtuh ke jalan,” kata peniaga runcit tempatan, Aziz kepada AFP, meminta nama keluarganya tidak digunakan.

    “Kami perlu bersedia untuk mengalami kematian dalam tragedi yang mengerikan ini,” kata datuk bandar Marseille, Benoit Payan kepada wartawan di tempat kejadian di daerah tengah La Plaine, di mana lebih 100 anggota bomba sedang memadamkan kebakaran selama satu jam.

    Tidak jelas berapa ramai orang yang berada di dalam bangunan yang runtuh itu, dipercayai mempunyai satu pangsapuri di setiap tingkat pada masa runtuhan sekitar jam 12:40 pagi.

    Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata di tempat kejadian terdapat antara empat hingga 10 orang terperangkap di bawah runtuhan.

    “Kami tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau mati,” katanya kepada pemberita, sambil menambah pihak berkuasa juga masih belum menemui punca letupan sangat besar yang menyebabkan keruntuhan itu.

    Lima orang cedera dalam bangunan jiran yang rosak akibat runtuhan itu.

    Bahang yang panas ketika bangunan itu terbakar telah menghalang anjing pengesan untuk mencari mangsa runtuhan, dengan Darmanin berkata ia akan mengambil masa “beberapa jam mungkin lebih lama” sebelum api padam.

    Masa adalah penting untuk menemui kemungkinan mangsa terselamat di antara runtuhan, kata ketua bomba Marseille, Lionel Mathieu. – AFP

    Anggota bomba berdiri di sebelah trak mengalihkan runtuhan di mana sebuah bangunan runtuh di Marseille, selatan Perancis, 9 April 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda