Thursday, July 4, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lima ‘dibelanja’ dalam Supermarket Sweep anjuran TAIB

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Lima pemenang bertuah diberi peluang membeli-belah pada acara kemuncak promosi Supermarket Sweep anjuran Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) di Pasar Raya Hua Ho, Pusat Membeli-belah One City, hari ini.

    Acara berkenaan menyaksikan setiap pemenang diberikan masa lima minit dan diperuntukkan jumlah sebanyak $300 untuk membeli-belah di pasar raya berkenaan.

    Hadir bagi menyempurnakan perasmian acara berkenaan ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah Ketua Jabatan Perbankan Runcit Perbadanan TAIB, Haji Zainolamin bin Haji Mohd Zainie dan pegawai-pegawai eksekutif kanan serta para kakitangan lainnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sepanjang promosi dari 12 Mac hingga 10 April lalu itu, para pemegang kad TAIB yang berbelanja di kedai-kedai terpilih layak disenaraikan dalam cabutan bertuah bagi Supermarket Sweep.

    Para pemenang akhir telah dipilih menerusi undian yang telah dijalankan di Ibu Pejabat Perbadanan TAIB, baru-baru ini.

    Acara itu adalah sebahagian daripada program promosi Perbadanan TAIB yang dianjurkan pada Ramadan lalu, dengan tujuan untuk menyokong peniagaan tempatan serta menggalakkan lebih ramai pelanggan memilih kad debit dan kredit TAIB sebagai kad pilihan mereka untuk pembayaran.

    Datin Hajah Hasnah hadir bagi menyempurnakan perasmian acara kemuncak program promosi Supermarket Sweep. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Salah seorang pemenang memilih barangan yang dikehendaki semasa acara itu. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Datin Hajah Hasnah bergambar ramai bersama pemenang-pemenang promosi anjuran Perbadanan TAIB. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM China ajak kerjasama AI antarabangsa

    SHANGHAI, 4 JULAI- Perdana Menteri China, Li Qiang hari ini menyeru kerjasama global dan pemikiran yang lebih terbuka dalam kecerdasan buatan (AI), ketika persaingan...