Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima ditemui maut di Kanada, lelaki ditahan

    MONTREAL, 12 FEB – Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditahan kelmarin di Kanada selepas mayat tiga kanak-kanak yang terbakar dalam sebuah kereta dan dua wanita ditemui di Manitoba, kata polis.

    “Didakwa bahawa lelaki dewasa yang ditahan dan kelima-lima individu yang maut dikenali antara satu sama lain,” kata kenyataan Polis Diraja Kanada.

    Peristiwa itu berlaku pagi kelmarin di sekitar bandar kecil Carman, yang menempatkan 2,800 orang, di wilayah tengah Manitoba. Mayat seorang wanita pertama kali ditemui di sepanjang jalan pagi kelmarin.

    Beberapa jam kemudian kenderaan yang terbakar bersama tiga kanak-kanak itu, yang maut di tempat kejadian, ditemui.

    Penyiasat menemui mayat wanita kedua di sebuah rumah tidak lama selepas itu, kata kenyataan tersebut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda