Nama pelakon Indonesia, Reza Rahadian tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan dia juga mempunyai kelompok peminat yang besar di Malaysia selain di tanah kelahirannya.
Mula mencipta nama sejak tahun 2004, Reza atau nama sebenarnya, Reza Rahadian Matulessy sudah membintangi lebih daripada 40 buah filem setakat ini.
Berilah apa sahaja watak kepada Reza, pasti dia akan dapat merealisasikannya sebaik mungkin.
Malah jejaka berusia 34 tahun ini juga pernah memenangi beberapa kali trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem Habibie & Ainun dan My Stupid Boss.
Sepanjang hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia perfileman Indonesia, Reza sudah melakonkan filem daripada pelbagai genre antaranya berdasarkan kisah sejarah Indonesia, komedi serta romantik.
Lima filem lakonan Reza Rahadian yang tidak rugi untuk ditonton adalah Toko Barang Mantan (2020), Critical Eleven (2017), My Stupid Boss (2016), Kapan Kahwin (2015) dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013). – Agensi
