Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Hanya lima orang peserta terakhir yang tinggal setelah mengharungi cabaran vokal selama empat bulan dalam Bintang Search.
Fizzon, Jaja, Mat Fadhil, Nas dan Qasrina berpeluang untuk dipilih sebagai juara sekali gus menjadi Bintang dengan memenangi wang tunai $5,000 dalam pusingan akhir nanti.
Pengendali acara, Dayang Siti Kamaluddin menjelaskan bahawa kelima-lima finalis terbaik itu mempunyai identiti tersendiri dan pemilihan juara bukanlah satu proses yang mudah.
Barisan panel juri Bintang Search edisi kali ini menampilkan Ratu Rock Ella, Dayat, Nana dan Rizal, bagi mendengarkan para finalis beraksi yang akan menyampaikan dua persembahan, terdiri daripada lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris, pada pusingan terakhir itu nanti Juara Bintang Search 2021 akan diumumkan semasa Bintang Search Finale yang akan bersiaran pada 7 November depan.
