Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima hilang dalam kejadian tanah runtuh

    BEIJING, 9 JULAI – Lima orang hilang selepas sebuah rumah tertimbus dalam tanah runtuh akibat hujan lebat di barat daya China hari ini, kata pihak berkuasa dan media kerajaan.

    Tanah runtuh di daerah Xuyong di wilayah Sichuan berlaku selepas lebih 150 milimeter (mm) hujan turun dalam masa tiga jam semalaman dan operasi menyelamat telah dilancarkan, kata kerajaan tempatan dalam satu kenyataan.

    China telah mengalami cuaca ekstrem pada musim panas, dengan hujan lebat melanda sebahagian besar selatan selama berminggu-minggu.

    Banjir terbaharu memaksa pemindahan lebih 6,000 penduduk di bandar Yibin di Sichuan dan 556 di Chongqing berhampiran, kata media kerajaan hari ini.

    Taufan Danas turut mendarat di timur China semalam, membadai wilayah Zhejiang dengan hujan dan angin kencang. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda