Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima kebaikan bakuchiol pada kulit wajah

    Bagi sesiapa yang mencari cara untuk menambahkan bahan semula jadi dalam penjagaan kulit harian mereka, bakuchiol mungkin menjadi pilihan yang tepat untuk dicuba.

    Dengan kebaikan-kebaikan yang ditawarkannya, ia semakin mendapat tempat dalam rutin penjagaan kulit.

    Dalam dunia penjagaan kulit yang terus berkembang, kini terdapat satu bahan semula jadi yang semakin mendapat perhatian daripada pengguna dan pakar kecantikan, iaitu bakuchiol.

    Bahan ini ditemui dalam daun dan biji tumbuhan Psoralea corylifolia, yang dikenali sebagai alternatif vegan kepada retinol yang terkenal kerana kemampuannya meremajakan kulit dengan meningkatkan pergantian sel dan merangsang sintesis kolagen.

    BAKUCHIOL MENJADI BEGITU POPULAR?

    Sejak kebelakangan ini, bakuchiol telah menjadi topik hangat yang sering diperbincangkan oleh peminat kecantikan kulit.

    Kebaikan bakuchiol pada kulit wajah. – eh.my
    Gambar eh.my

    Awalnya, Eqa Zulkifli juga tidak begitu biasa dengan bahan tersebut dan bertanya-tanya mengapa ia begitu popular di media sosial seperti X dan TikTok.

    Setelah dia mencubanya sendiri, dia kini faham bahawa popularitinya bukanlah hanya sekadar trend semata-mata, tetapi juga kerana kebaikan-kebaikan yang ditawarkannya dalam merawat dan memperbaiki keadaan kulit tanpa risiko dan iritasi yang sering dikaitkan dengan retinol.

    Berikut adalah lima kebaikan bakuchiol pada kulit Wajah:

    1. MELAWAN TANDA-TANDA PENUAAN

    Kolagen adalah protein penting yang membantu menjaga ketegangan kulit, dan bakuchiol telah terbukti dapat meningkatkan kadar kolagen dan elastin dalam kulit. sementara elastin memberikan keanjalan yang diperlukan.

    Penggunaan bakuchiol secara berterusan selama beberapa minggu telah menunjukkan pengurangan yang ketara dalam garis halus dan kedutan.

    2. MENJAGA KELEMBAPAN KULIT

    kandungannya juga boleh membantu dalam meningkatkan kadar aquaporin tiga, iaitu protein yang membawa air ke lapisan kulit. Ini menjadikannya bahan yang sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengatasi masalah kulit kering.

    Dengan kulit yang sentiasa terhidrasi, kekuatan penghalang kulit juga akan terjaga dengan baik.

    3. LEBIH SELAMAT

    Berbeza dengan retinol, yang kadang-kadang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif, bakuchiol dikenali sebagai pilihan yang lebih selamat. Ia sesuai untuk kebanyakan jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana tidak menyebabkan reaksi yang tidak diingini seperti kemerahan atau kering.

    Bakuchiol bukan sahaja menawarkan alternatif semulajadi yang efektif kepada retinol, tetapi juga membuktikan kelebihannya dalam merawat pelbagai masalah kulit.

    4. MENGURANGKAN BINTIK HITAM

    Selain meremajakan kulit, bakuchiol juga dikenali kerana sifatnya yang mampu mengurangkan pembentukan pigmen pada kulit.

    Bila kadar pigmen tinggi, kulit terlihat kusam hingga timbul bintik-bintik gelap. Dengan manfaat bakuchiol itu, ia membantu memberi keselesaan pada warna kulit dan mengurangkan bintik-bintik gelap, meninggalkan kulit lebih rata dan berseri.

    5. MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT

    Bakuchiol tidak hanya merawat tanda-tanda penuaan, tetapi juga membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat.

    Sifat anti radangnya membantu mengurangkan peradangan di kulit, manakala kawalan sebumnya sesuai untuk kulit yang cenderung berminyak. Kombinasi penggunaan bakuchiol dengan salicylic acid sebanyak satu peratus, maka jerawat berkurang hingga 67 peratus. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda