Wednesday, March 5, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima keluarga bencana banjir terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Lima buah keluarga dari Kampung Penapar, Tutong yang terjejas dalam bencana banjir telah menerima bantuan amal daripada Persatuan WeCare, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Belia Masjid Senegera dan Kumpulan lbadurrahman, Belia Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, baru-baru ini.

    Bantuan berbentuk barang-barang asasi berserta wang tunai diserahkan kepada para penerima oleh wakil-wakil daripada persatuan, ahli dan kumpulan berkenaan.

    Program bantuan amal yang diadakan itu adalah bagi meringankan beban mereka yang ditimpa bencana dan sebagai langkah memupuk sifat pemedulian dalam diri belia di samping mengikat lagi tali silaturrahim sesama masyarakat.

    Bantuan itu juga diharap dapat membantu para penerima dalam menyambut kedatangan awal bulan Ramadan.

    Antara keluarga yang menerima bantuan berupa barangan asasi serta wang tunai daripada wakil kumpulan baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda