Khamis, November 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima keluarga musibah kebakaran rumah terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT -Lima ketua keluarga dari lima buah rumah yang terlibat dalam musibah kebakaran di Kampung Pandai Besi ‘A’, telah menerima sumbangan derma dari Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di surau Kampung Pandan, kelmarin, telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11:45 pagi itu melibatkan lima buah rumah di alamat No. 87 C-1, No. 87 C-2, No. 86 C, No. 68 B dan No. 85 C, telah ranap dijilat api hingga menyebabkan kerosakan teruk.

    Hadir sama menyaksikan penyerahan sumbangan itu, Penghulu Mukim Zon 1 Kampong Ayer, Penghulu Mukim Zon 2 Kampung Ayer, Pemangku Ketua Kampung Zon 1 Kampong Ayer, Pemangku Ketua Kampung Zon 2 Kampung Ayer, Pemangku Ketua Kampung Zon 3 Kampung Ayer serta pegawai-pegawai dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak menyampaikan sumbangan dari Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara kepada salah seorang ketua keluarga yang rumah mereka terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Pandai Besi ‘A’. – GAMBAR-GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda