Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima keluarga terjejas dalam kebakaran di Pitas

    KOTA KINABALU, 29 APRIL – Lima keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah yang didiami hangus dalam kebakaran di Kampung Rosob, Pitas pagi tadi.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.47 pagi dan dua jentera bersama tujuh anggota terus bergegas ke tempat kejadian.

    “Kebakaran telah berjaya dikawal pada 6.33 pagi daripada merebak dan operasi tamat sepenuhnya pukul 10 pagi. Kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah terbakar 100 peratus itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda