Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima klinik kesihatan dalam pembinaan

    KUALA LUMPUR, 29 MAC – Lima klinik kesihatan kini dalam proses pembinaan di Sarawak bagi memberi akses perkhidmatan kesihatan kepada komuniti pedalaman dan luar bandar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata kelima-lima pembinaan klinik itu adalah di Lubok Antu, Julau, Serian, Lawas dan Daro, Sarawak.

    “Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 16 buah lokasi termasuk daerah-daerah di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai perkhidmatan klinik kesihatan dan bergantung kepada jabatan pesakit luar.

    “Keperluan klinik-klinik ini kita berikan tumpuan khusus dan kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Menteri Kewangan akan meneruskan peruntukan khusus bagi meningkatkan serta menaik taraf fasiliti klinik di pedalaman dan juga di luar bandar,” katanya.

    Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ali Biju (PN-Saratok) mengenai usaha kementerian mengatasi isu kekurangan klinik kesihatan luar bandar di Sabah dan Sarawak supaya rakyat mendapat akses rawatan kesihatan yang sewajarnya pada sesi soal jawab, hari ini. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 22 Mac 2023 menunjukkan Lukanisman Awang Sauni pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen Malaysia. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda