Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Lima lelaki bakar mercun di tempat awam ditahan

-

SHAH ALAM, 17 MEI – Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua individu tersebut berusia dalam lingkungan 30 dan 42 tahun, ditahan bagi membantu siasatan selepas tular satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial TikTok.

Katanya siasatan awal mendapati kejadian yang tular itu berlaku pada 14 Mei lepas sekitar jam 8 malam.

“Pada 16 Mei jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di laman sosial yang telah dimuat naik oleh pemilik @Yogen212.

“Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -