Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima maut, 12 cedera serangan roket di Libya

    TRIPOLI, 1 JUN – Sekurang-kurangnya lima orang awam terbunuh akibat tembakan roket di ibu negara Libya, menurut pemerintah yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyalahkan pasukan tentera di bawah Komander Khalifa Haftar atas serangan berkenaan.

    “Lima orang awam terbunuh dan 12 yang lain cedera teruk termasuk seorang yang perlu menjalani pembedahan memotong anggota badan, apabila lima roket disasarkan ke kawasan penduduk di Tripoli,” menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Government of National Accord (GNA), Amine al-Hachemi.

    Katanya, pasukan tentera Haftar, yang menguasai sebahagian besar Libya timur dan selatan, menyasarkan bulatan Soug el-Tlath dan jalan Gharbi di tengah-tengah Tripoli.

    Haftar melancarkan serangan pada April tahun lalu untuk merebut ibu negara, pangkalan GNA.

    Konflik yang diburukkan lagi dengan pembabitan kuasa asing sehingga kini sudah membunuh ratusan orang, kebanyakan daripada mereka adalah orang awam, dan memaksa 200,000 orang lain dipindahkan.

    Ketika minggu pertama Mei, sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh dan 50 lagi cedera akibat serangan roket dan dron ke atas Tripoli. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda