Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima maut, 20 cedera dalam nahas lebuh raya

    MANILA, 25 JAN – Lima maut dan lebih 20 cedera selepas sebuah bas merempuh beberapa kenderaan di wilayah Bataan, barat laut ibu negara Manila, kata polis hari ini.

    Polis berkata nahas tersebut berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan kelmarin di sepanjang lebuh raya di bandar Dinalupihan. Bas itu dalam perjalanan dari Bandar San Fernando di wilayah Pampanga ke Bandar Olongapo. Bas yang tidak terkawal itu kemudian melanggar sebuah motosikal, dua basikal roda tiga dan sebuah van sebelum bertembung dengan sebuah jeepney penumpang yang datang dari laluan bertentangan, tambah polis.

    Jeepney itu terbalik akibat impak perlanggaran. Polis berkata tiga maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital. Pekerja kecemasan telah membawa mangsa yang cedera ke dua hospital di kawasan itu.

    Pemandu bas berusia 54 tahun itu ditahan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda