Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima maut, 23 cedera, kenderaan terbalik di tengah Myanmar

    YANGON, 8 JAN – Lima wanita terbunuh dan 23 yang lain cedera selepas sebuah kenderaan enam roda terbalik di tengah Myanmar, Nay Pyi Taw petang kelmarin, menurut polis trafik.

    Kemalangan berlaku apabila tayar depan kenderaan itu meletup, menyebabkannya membelok ke luar jalan dan terbalik di lebuh raya lama Yangon-Mandalay dekat Universiti Pertanian Yezin di Nay Pyi Taw.

    “Lima orang wanita terbunuh di lokasi,” seorang anggota polis berkata, menambah bahawa terdapat lebih 30 orang di dalam kenderaan berkenaan apabila nahas berlaku.

    Kereta tersebut, datang dari arah Pekan Tatkon, dalam perjalanan menuju Pekan Pyinmana apabila kemalangan berlaku.

    Mereka yang cedera termasuk 10 lelaki dan 13 wanita, yang dihantar ke sebuah hospital bagi rawatan perubatan, tambahnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda