Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima maut bas penumpang terbalik

    KUNDUZ, AFGHANISTAN, 11 DIS – Lima orang penumpang disahkan maut manakala 28 lagi cedera selepas sebuah bas terbalik di utara wilayah Kunduz,

    Afghanistan hari ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis wilayah.

    Kemalangan jalan raya itu berlaku di luar bandar Kunduz awal hari ini disebabkan kecuaian pemandu, menyebabkan lima maut termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 28 yang lain, sebilangannya berada dalam keadaan kritikal.

    Ketua Maklumat dan Budaya wilayah itu, Matiullah Rohani memberitahu wartawan bahawa pe-numpang yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    Selain menyalahkan kecuaian pemandu atas kemalangan tersebut, Rohani turut berkata pihak berkuasa akan meningkatkan usaha untuk memastikan keselamatan jalan raya.- Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda