Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima maut dalam kebakaran unit hospital

    DHAKA, 28 MEI – Lima terkorban di hospital terkenal Bangladesh kelmarin selepas kebakaran memusnahkan unit pengasingan COVID-19 semalam, kata para pegawai.

    Tragedi berlaku di kawasan kejiranan Gulshan di Dhaka tatkala negara itu terus mengalami peningkatan kes COVID-19.

    Pegawai bomba, Kamrul Hasan memberitahu AFP bahawa kebakaran berlaku selepas sebuah unit pendingin hawa meletup dalam bangsal milik United Hospital.

    “Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sekitar sejam dan lima mangsa terkorban akibat sesak nafas akibat kebakaran itu,” katanya.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Dhaka, Sudip Kumar Chakraborty, memberitahu AFP bahawa api merebak dengan cepat berikutan terdapat bahan mudah terbakar seperti cecair nyah kuman.

    “Tiga daripada mangsa adalah pesakit COVID-19 manakala dua lagi sudah disahkan negatif bagi virus itu,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda