Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Lima maut ditembak, Ukraine tahan seorang pengawal negara

    KYIV, 27 JAN – Ukraine berkata hari ini ia telah menahan seorang anggota pengawal negara yang disyaki melepaskan tembakan ke arah sebuah kilang di tengah negara itu dan membunuh lima orang.

    Tembakan berlaku di bandar Dnipro apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dengan senapang serangan Kalashnikov dan segera melarikan diri dari tempat kejadian, kata kementerian dalam negeri.

    Empat anggota pengawal negara dan seorang wanita awam meninggal dunia.

    Tembakan itu berlaku pada masa kewaspadaan yang tinggi di Ukraine berhubung konflik dengan pemisah di timur negara itu.

    Suspek “telah ditahan polis”, kata Menteri Dalam Negeri, Denys Monastyrsky di laman sosial Facebook, selepas anggota tentera itu dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dengan memiliki senjata.

    Monastyrsky menambah bahawa lima orang cedera dalam tembakan hari ini dan “doktor berjuang untuk menyelamatkan nyawa mereka.”

    “Berikutan arahan saya, satu suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji keadaan yang menyebabkan tindakan ini diambil oleh seorang askar berusia 21 tahun, yang telah dipanggil untuk mempertahankan negaranya dan bertanggungjawab terhadap keselamatan – dan bukan untuk menembak rakan sekerjanya,” kata Monastyrsky. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...