Tuesday, April 8, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima maut, pokok tumbang hempap bas

    COLOMBO, 6 OKT – Lima penumpang maut di Sri Lanka hari ini apabila sebatang pokok besar tumbang di atas bas yang dikendalikan oleh kerajaan di tengah-tengah ibu kota Colombo, kata polis.

    Sembilan lagi diselamatkan daripada kejadian itu dan dirawat ke hospital di mana keadaan mereka dilaporkan stabil. Terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam bas pada masa itu.

    “Bas itu telah berhenti di stesen Kollupitiya untuk mengambil lebih ramai penumpang apabila pokok itu tumbang ke atasnya,” kata seorang pegawai polis kepada AFP. “Hujan turun sepanjang malam dan pokok itu menjadi tidak stabil.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda