Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima mayat tanpa kepala ditemui di Jalisco

    MEXICO, 14 OKT – Pihak berkuasa Mexico kelmarin berkata bahawa mereka telah menemui mayat lima lelaki tanpa kepala di atas jalan raya di negeri Jalisco, barat Mexico yang merupakan insiden ngeri terbaharu di negara yang dilanda keganasan itu.

    Mayat-mayat tersebut ditemui dalam beg plastik hitam di perbandaran Ojuelos, di timur laut Jalisco, kata pejabat pendakwa raya negeri.

    “Satu laporan diterima yang menunjukkan bahawa, di jalur asfalt jalan terdapat beberapa beg yang kelihatan seperti siluet manusia,” katanya.

    Apabila tiba di lokasi, anggota Pengawal Kebangsaan menemui mayat lima lelaki tanpa kepala, hanya memakai seluar.

    Berhampiran lokasi kejadian, pihak berkuasa menemui satu lagi beg yang dipercayai mengandungi kepala-kepala mangsa, kata pejabat pendakwa raya, sambil menambah bahawa ahli forensik sedang menyelongkar kawasan itu untuk mencari bukti.

    Perbandaran Ojuelos bersempadan dengan bandar Lagos de Moreno, yang telah menjadi lokasi beberapa pembunuhan kejam yang dikaitkan dengan jenayah terancang. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda