Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima migran lemas di Sahara Barat

    RABAT, 26 JULAI – Sekurang-kurangnya lima warganegara Maghribi lemas apabila bot yang mereka naiki karam di Sahara Barat, menurut kumpulan hak asasi manusia kelmarin, ketika migran cuba menyeberang dengan harapan untuk sampai ke Eropah.

    Pihak berkuasa pada Sabtu berkata enam orang migran lemas di luar pesisir pantai utara Maghribi ketika cuba sampai ke Sepanyol.

    Mohamed Zendour, dari Persatuan bagi Hak Asasi Manusia Maghribi (AMDH), memberitahu AFP bahawa sebuah bot karam berhampiran Dakhla, di Sahara Barat yang dipertikaikan, pada Isnin, mengakibatkan kematian terbaharu.

    “Kapal itu membawa kira-kira 60 orang migran, terbalik tidak jauh dari pantai disebabkan oleh ombak,” Zendour berkata, dan menambah jumlah korban mungkin meningkat.

    Tiada kenyataan segera daripada pihak berkuasa Maghribi mengenai kejadian tersebut.

    Maghribi, yang terletak di barat laut Afrika, merupakan negara persinggahan bagi kebanyakan migran yang cuba menyeberang ke Eropah melalui tanah besar Sepanyol atau Kepuluan Canary di Atlantik.- AFP

    Gambar Freepik

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda