Lima negara ASEAN tandatangani MoU bersama

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Badan profesional juruukur bahan di lima buah negara ASEAN akan menggalakkan penggunaan amalan terbaik bagi standard pendidikan juruukur bahan, amalan-amalan profesional dan kompetensi di kalangan profesional di negara-negara ASEAN di mana kerjasama itu dimeterai melalui Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi ASEAN Quantity Surveyors Association (AQSA) yang dilaksanakan secara maya, hari ini.

Dalam majlis itu, penandatanganan memorandum persefahaman adalah di antara Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), Brunei, Ikatan Quantity Surveyor Indonesia (IQSI), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Philippine Institute of Certified Quantity Surveyors (PICQS) dan Singapore Institute of Surveyors dan Valuers (SISV) di mana penandatanganan dilaksanakan secara maya. Bagi Negara Brunei Darussalam, penandatanganan memorandum persefahaman dilaksanakan di Kementerian Pembangunan, hari ini, di mana hadir untuk menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang), Kementerian Pembangunan, Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub dan Presiden PUJA (Brunei), Ir Haji Mohamad Zin bin Haji Salleh serta para ahli jawatankuasa AQSA, ahli-ahli Majlis PUJA dan ahli-ahli jawatankuasa Bahagian Juruukur PUJA.

Majlis menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman bagi AQSA di mana menandatangani bagi RISM ialah Presiden RISM, Dato’ Sr Thiruselvam Arumugam, bagi PICQS ialah Presiden PICQS, Engr Julie Christie Marquez Dela Cruz, bagi SISV ialah Presiden SISV, Khoo Sze Boon, bagi PUJA Brunei ialah Naib Presiden dan Pengerusi Bahagian Juruukur, Pertubuhan Ukur, PUJA Brunei, Sr Haji Zariful Haji Mohamed dan bagi IQSI ialah Presiden IQSI, Rizaldi Syamsir Bachitar.

Antara yang menghadiri majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman bagi AQSA secara maya, kelmarin.